Saturday, March 10, 2007

Archive: Pantun Evergreen dari Sahabat Maslina

Pantun Evergreeen dari sahabat Maslina:

Juragan said...

ini lg satu yang sy rase tertinggal

buah langsat kuning mencelah,
senduduk tidak berbunga lagi,
sudah dapat gading bertuah,
tanduk tidak berguna lagi.

best jugak blog awk nie ye...

May 6, 2007 11:10 PM


Dr Kadir said...

Daun mengkudu bercabang-cabang,
Tempat temasya semut kerengga,
Hatiku rindu kepada cik abang,
Menunggu masa serumahtangga.

Batang padi si batang pinang,
Pohon lada buahnya jarang,
Kalau sudi lekaslah dipinang,
Sebelum dinda diambil orang.

Daun nipah ditebang-tebang,
Batang padi aku lurutkan,
Kalau sudah kepunyaan abang,
Ke laut api aku turutkan.

From http://petaijeruk.blogspot.com hihi

May 6, 2007 7:08 AM

1 comment:

azam ahmad said...

salam....

saya nak mintak izin untuk mengumpul pantun2 dan jadikan sebuah ebook. bukan tujuan untuk menjual tapi untuk disebarkan kepada rakan2.

azam