Thursday, April 5, 2007

Lagi Tentang Bahasa

Berbincang mengenai isu bahasa, saya tertarik untuk memberi komentar mengenai Bahasa Melayu si Kalangan Pelajar UIAM". Melalui pengalaman enam tahun menuntut di UIAM dan 'survey-survey' tidak rasmi dengan rakan-rakan, dapatlah saya simpulkan di sini bahawa rata-rata pelajar UIAM mengakui lebih menguasai Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu, dalam penulisan terutamanya.

Bagi diri saya sendiri, menulis di dalam Bahasa Melayu secara relatifnya adalah lebih lambat dari mengarang di dalam Bahasa Inggeris. Kadang-kadang nahunya tunggang-langgang. Dan yang lebih aneh adalah saya sesekali saya perlu menterjemah Bahasa Inggeris di fikiran saya kepada Bahasa Melayu. Mungkin masalah terbesar adalah mecari perbendaharaan kata yang sesuai. Namun kerana fitrah (nature) Bahasa Melayu yang mudah berbanding Bahasa Inggeris, apatah lagi Bahasa Arab, tidaklah menjadi masalah yang begitu besar bagi orang Melayu untuk menggunakan Bahasa Melayu secara total. Sedangkan warga asing pun mengakui betapa mudahnya mempelajari bahasa Melayu.

Dari segi perbendaharaan kata, Bahasa Arab adalah yang paling luas perbendaharaannya. Sebagai contoh, perkataan 'senyum' dalam Bahasa Arab ada hampir 40 atau lebih.

Basama - tersenyum (bentuk tertawa yang paling sedikit dan paling halus)
Al-Bisyru - berserinya wajah
Al-Bahjah dan al-Ibtihaj - gembira
Al-Dughdughah - berasa teruja
Al-Iftiroor - tertawa yang baik
Al-Tokhtukhoh - tertawa dengan suara "tikh-tikh"
dan begitu banyak lagi...

Dari perbualan saya dengan rakan-rakan dari Saudi, Yaman, Ireatrea, mereka mengatakan Bahasa Arab adalah sangat sukar. Sedangkan mereka berbual menggunakan bahasa 'Amiya, bukan Fusha (baku atau Bahasa Arab Tinggi). Mereka juga kadang-kadang tidak memahami bahasa Arab Fusha yang tinggi.

Dan Bahasa Inggeris tidak kurang kaya perbendaharaannya. Saya tidak ingin mengulas panjang tentang bahasa kerana bukanlah bidang saya. Apa yang ingin saya fokus di sini adalah pentingnya kita menggunakan bahasa ibunda dengan betul. Kerana jika bukan kita yang menjaganya, siapa lagi. Saya juga agak kesal kerana tidak mendalami Bahasa Melayu dengan baik.

Selama enam tahun pengajian, setiap hari belajar di dalam Bahasa Inggeris, menjawab soalan dalam bahasa Inggeris, buku rujukan di dalam Bahasa Inggeris. Kadang-kadang bila baca buku rujukan dalam Bahasa Melayu pun tidak faham.

Inilah pelajar UIAM.

Mengikut sejarah, bangsa yang menggunakan bahasa ibunda ternyata lebih berjaya dan mencapai kegemilangan. Ketika Tanah Melayu mencapai kegemilangan, seluruh gugusan di Asia (tidak silap saya) menggunakan Bahasa Melayu, dan urusniaga juga di dalam Bahasa Melayu.

Sekarang ini jika kita lihat orang Barat menguasai Ekonomi dan lebih maju dan Bahasa Inggeris digunakan secara meluas di seluruh dunia. Namun, contohnya Jepun dan Jerman yang mengekalkan bahasa ibunda juga menjadi antara negara paling maju di dunia sekarang (walaupun bahasa yang menguasai sekarang adalah Bahasa Inggeris)...

Namun begitu, tidak kurang pentingnya jika kita menguasai banyak bahasa. Dakwah-dakwah kita dapat sampai kepada pelbagai bangsa, merentasi sempadan negara. Sekurang-kurangnya kita tahu bahasa Inggeris yang kita sedia maklum bahasa perantaraan buat masa ini (semoga satu hari nanti bahasa umat Islam menjadi bahasa utama dunia).

Wallahu'alam.

No comments: