Monday, April 23, 2007

Maslina pindah lagi...

Hari ini mahu pindah barang lagi. Bila kira-kira, sepanjang berkampung di UIA, sudah 7 kali berpindah. Bagi saya, seronok juga berpindah. Tempat baru, kawan baru. Cuma penat angkat barang, tapi sekejap sahaja. Cuma kali ini angkut barang bawa balik Kuantan, bukan pindah bilik, blok atau mahallah sahaja.

Hari ini mahu buat 'clearance' dan hantar 'Hard Cover Report'. Tapi kakak PA bercuti. Juga kena tunggu status GR dan keputusan FYP keluar. Mungkin esok datang lagi UIA. Lagipun saya antara yang paling awal menghantar kerana deadline pada 30hb ini.

Sesetengah perkara perlukan masa, walaupun kita merancang dengan begitu ideal dan ingin segalanya beres serta-merta. Tetapi mana mungkin. Dari subjek 'Control System' yang saya pelajari, semua sistem di dunia perlukan 'delay time' dan kemungkinan mendapat sistem yang mempunyai 'performance' 100% adalah mustahil. Kita cuma boleh berusaha memaksimakan performance. Bak kata pensyarah, ia hanya akan dapat dicapai di akhirat. Ya, benar sekali.

Segalanya mempunyai pengajaran yang bisa difahami jika kita berfikir...

* Masih sukar menterjemah perkataan ke dalam bahasa Melayu. Semasa di sekolah, menghadapi masalah menterjemah ke dalam bahasa Inggeris. Hidup ibarat roda.

4 comments:

taqeyyabella said...

"Delay time" saya pun diantara yang mengalami masalah ini, mungkin saya termasuk orang yang tidak gagal untuk merancang, namun masalah saya selalu berhadapan dengan kegagalan menjalankan apa yang di rancang. Kadang sangat merisaukan. Apakah ini terletak di sikap. Saya tau saya tidak akan pernah berjaya kalau perancangan hanyalah tinggal perancangan, bahkan suatu yang dilaksanakan dengan sungguh-sungguh kadang kala lebih baik dari sekadar merancang tanpa perlaksanaan.

Maaflah dah berceloteh panjang di sini... Ya Allah kuatkanlah aku untuk mendisiplinkan diriku ini, hanya dengan disiplinlah perancangan dapat dilaksanakan. Dengan perlaksanaanlah "delay" akan berkurang....

KS said...

salam maslina,
Ini pindah sementara ke, sudah habis study ya, maaf mungkin tidak mengikuti cerita terdahulu.

Dulu saya cakap kenal ke hanani dan shima, dua2 nii kawan siber saya,pernah 3-4 orang student mechatronic datang menziarah saya. hanani skg kat kuitho tapi master nya belum siap kot...maaf lari tajuk

Siti Noor Maslina said...

To Taqeyyabella

Terima kasih kerana memberi komen. Kadang-kala sesuatu perkara memerlukan dan melibatkan pelbagai pihak, menambahkan lagi tempoh penyempurnaan tugasan. Benar, disiplin amat penting, lagi-lagi apabila tiada orang yang memantau, bila kita perlu bergantung pada diri kita untuk berjaya. Semoga berjaya dalam perjuangan hidup. Amin.

Siti Noor Maslina said...

To KS,

Saya memang kenal Kak Shima, sebab buat projek dengan dia. Kak Shima student master di UIA, tidak lama lagi dia akan menghabiskan master dan mengajar di KUKUM.

Habis belajar, perlu mencari kerja menyara kehidupan. Huhu..