Thursday, April 5, 2007

Menggunakan Bahasa Melayu Tinggi?

Mulai saat ini, atas nasihat Puan Ainon, saya akan menulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (walaupun tidak begitu mahir). Jika selama ini saya hidak menghiraukan sangat tentang penggunaan bahasa, kerana menulis pun untuk suka-suka. Demi menghormati para ilmuan bahasa, sepatutnya kita tidak mencemarkan bahasa.

Oleh itu, marilah kawan-kawan kita menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

p/s: maslina sudah menjadi skema tiba-tiba (hehe). Setelah dileteri... ops, maaf... Kadang-kadang perubahan itu baik.

Anggaplah teguran itu sebagai tanda orang mengambil berat :)

6 comments:

Ainon said...

Inilah perpindahan (hijrah) yang mulia. Berpindah daripada yang kurang cantik, kepada yang lebih cantik.

Quran diturunkan, dan Nabi Muhammad SAW berkata-kata, menggunakan bahasa Arab Tinggi.

Maka sesiapa yang mencontohi gaya bahasa Quran dan Nabi Muhammad, mereka menerima pahala yang banyak bagi setiap kata-kata yang diucapkan ataupun dituliskan. Amin!

Siti Noor Maslina said...

Terima kasih banyak-banyak Puan Ainon. Nasihat puan sangat berharga. Semoga bermanfaat juga buat semua orang.

* Tiada kata yang dapat menggambarkan penghargaan. Moga Allah membalasnya. Amin!

Siti Noor Maslina said...

Aku memang tidak sempurna tetapi aku ingin terus belajar dan berusaha menuju kesempurnaan.

K@ssim Sel@m@t said...

Bila sudah mula menggunakan BMT terasa seronok kan?

Tahniah di atas penghijrahan.

Siti Noor Maslina said...

Benar tu, terasa seperti orang yang berbahasa, indah tutur kata.

haniey said...

hai maslina, saya pun dulu pernah ditegur dan dikritik kawan2 kerana blog saya menggunakan bahasa pasar. saya insaf pulak..iyalah, kita orang melayu kerana mendaulatkan bahasa kita..siapa lagi kan?