Friday, April 13, 2007

Menulis? Alahai...

"Menulis, seronok tu seronok. Tapi penat nak fikir..."

Apa ya yang saya hendak tulis hari ini?

Mungkin satu keburukan saya ialah "hangat-hangat tahi ayam" hingga saya pun tidak yakin dapat bertahan pada sesuatu yang saya buat. Kadang-kadang saya buat sesuatu yang mengikat diri, seperti berjanji atau memberitahu kepada orang. Kerana saya ini orangnya amat takut memungkiri janji, dan takut orang menganggap saya penipu. Tapi, saya tahu saya bagaimana. Jadi, jika tidak saya yang memaksa diri, siapa lagikan. Tetapi ada keburukan juga kerana yang menentukan adalah Allah, bukan. Bagaimana?

Lagi tentang menulis, saya ini selalu rasa malu, takut apa yang saya tulis membuat orang terasa, atau mengatakan saya ini 'syok sendiri' atau apa-apalah. sememangnya saya juga selalu fikir apa yang orang kata. Walaupun selalu katakan pada orang jangan dengar cakap orang. Aneh sekali...

Alhamdulillah, hari ini saya telah menghantar laporan projek akhir tahun. Tadi, ketika ingin "binding" laporan, saya menarik nafas lega,

"Alhamdulillah, akhirnya siap juga.."

Tetapi saya terus terfikir, 'akhirnyakah'? Selepas kertas peperiksaan terakhir lalu, saya katakan, 'akhirnya' tetapi belum lagi kerana ada projek masih belum beres. Hari ini sudah hantar laporan, masih ada poster dan pembentangan. Menghantar "hard-cover binding". Daftar alumni. Setelah itu buat "clearance". Kemudian menghadiri kursus pengaturcaraan MCSA. Juga perlu uruskan untuk graduasi. Kemudian cari kerja.. lagi... lagi...

Maknanya, selagi belum memejamkan mata, tiada yang akan berakhir. Kita sentiasa ada sesuatu untuk dibuat. Jika tidak buat sesuatu yang berfaedah, alangkah ruginya. Kerana hidup cuma sebentar. Tapi saya sendiri selalu alpa dan leka, membazirkan masa begitu saja...

Tetapi semuanya masih belum bermula... Kerana belum lagi bermula, mungkin baru hendak bermula... Kehidupan ini...

No comments: