Sunday, April 8, 2007

Rindu-rinduan

Bismillahirrahmanirrahim. Selawat dan salam ke atas Rasulullah, kekasih Allah.

Kerinduan saya kepada menulis blog laksana kerinduan kepada kekasih pula. Lebih-lebih lagi masih di dalam 'mood' teruja dengan perubahan penggunaan bahasa ini. Sesungguhnya begitu banyak yang di dalam fikiran ingin diluahkan, idea-idea sentiasa berputar-putar di dalam kepala. Namun, apakan daya, kekangan masa kerana saya di dalam proses menyiapkan tugasan projek tahun terakhir di UIA.

Seringkali saya ingin menahan diri dari keterlaluan pada kesukaan saya yang satu ini. Bimbang tidak sempat menyudahkan kerja saya. Oleh itu, kali ini dapatlah saya menulis sedikit sahaja, sekadar melepas rindu. Jika kalian juga merasa teringin membaca 'posting' terbaru saya, bersabarlah barang beberapa hari kerana saya juga berusaha menahan diri. Hehe. Doakan saya ya. :)

Teringat pantun orang lama-lama:

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Yang kurik itu kendi,
Yang baik itu budi;
Yang merah itu saga,
Yang indah itu bahasa.

Sekian.

3 comments:

kucing said...

Semoga istiqamah! :)

Dr Kaherah said...

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Walau dimata tiada nampak,
Moga diri dijaga Tuhan.

Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Walau ujian datang dan pergi,
Moga Iman tetap terjaga.

ps: pantun kedua itu tersalah susunan rasanya.

Siti Noor Maslina said...

Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Salam, Dr Kaherah.

Wah, sungguh kreatif saudara! (Sangat suka!)

Ya, saya juga setelah membaca kali kedua baru menyedari. Tetapi saya biarkan, mahu melihat siapakah yang sedar.

Tahniah saudara kerana peka. Saya tertunggu-tunggu juga siapa.

p/s: Seronok juga bukan bermain begini, hehe. Kui kui.. Dr Kaherah telah memberi saya satu idea. Kelak saya ingin buat permainan berbalas pantun di blog ini. Dr Kaherah setuju? Hehe.