Sunday, April 15, 2007

Sahabat saya, buah hati saya...

Betapa indahnya silaturrahim kerana Allah....
Yang nasihat-menasihati kerana kasih kerana-NYA, tatkala diri terlupa dan terleka. Semoga sama-sama mendapat keredhaan-NYA...

Sajak ini, sajak saya dapat dari sms, yang di'forward'kan oleh sahabat-sahabat, kemudian sampai kepada saya kiriman Hidayah (Hidayah lagi.. hehe). Saya rasa sajak ini sungguh cantik, tertanya-tanya saya siapakah yang buat, ya :)

Saya tujukan kepada rakan-rakan saya sekalian, juga kepada yang melawat blog saya... Sayang semua! ;D

Ya ALLAH
Sahabat saya buah hati saya
Mesra kami penawar duka
Rindu kami menambah cinta
Rajuk kami membuah ceria

Ya ALLAH
Silaturrahim kami, Ukhwah fiLLAH
Bermusuh kami, nauzubiLLAH
Berpisah mati, insyaALLAH
Pengubat hati, doa Rabitah

Ya ALLAH
Rahmati kami meniti usia
Terpisah kami di alam nyata
Temukan semula di alam syurga...

No comments: