Tuesday, May 1, 2007

Hari Pekerja = Harijadi Ibu

1 Mei, Hari Pekerja dan harijadi ibu saya. Jadi setiap kali harijadi ibu, hari cuti. Bulan Mei banyak hari selain hari Isnin sampai Ahad, ada hari Pekerja, Hari Guru dsb. Bulan Mei juga ramai ahli keluarga sambut harijadi, Ibu, Danial, Rabiatul, Amirah. Selalunya sambut sekali, termasuk Alang (30/4). Seingat saya kami selalunya masak mee kari (kadang-kadang ada kek) ketika menyambut harijadi. Masakan kari kira istimewa bagi kami, mungkin sebab ayah suka kari dan ibu pula pakar masak kari.

Pagi-pagi ibu beli bahan-bahan masakan, letak atas meja dan pergi klinik. Nampaknya kali ini saya yang kena masak! Mudah sahaja masak kari sebab sudah terbiasa. Tapi hari ini saya terletak lebih cili, sebab kuahnya lebih daripada kari biasa. Adik-adik saya yang tidak kuat makan pedas komplain, sudahlah pedas, masin pula. Saya ketawa sahaja melihat, sudahnya habis juga mereka makan, siap tambah lagi. Sebenarnya saya sudah masukkan banyak ubi kentang, tapi tetap masin juga. (Petua: Kalau kuah terlebih masin, masukkan ubi kentang yang boleh menyerap rasa masin, tidak perlu campurkan air dsb.)

Keluarga saya selalu puji masakan saya sedap, tapi saya rasa mungkin sebab mereka tengah lapar, kena gaya sampai licin. Lagipun ibu tidak perlulah masuk dapur lagi kalau saya ada di rumah. Huhu. Lagi satu petua: Kalau masak cili atau rempah terutamanya yang basah, biarkan lama sedikit sebelum masukkan santan (kalau guna santan), sebab ada orang yang perutnya tidak tahan kalau cilinya tidak masak betul-betul.

Kesimpulannya, keluarga saya simple sahaja menyambut harijadi. Cuma kali ini tidak begitu meriah sebab Alang (UTM), Fahrul (UiTM) dan Ayah (berkhemah) tiada. Huhu...

No comments: