Wednesday, May 16, 2007

MCSA/MCSE episod 2: Ujian Pertama

Kursus MCSA/MCSE sudah masuk minggu kedua, dan esok peperiksaan pertama bermula (ada 7 ujian semuanya). Beberapa hari sebelum ujian kami membuat koleksi soalan yang dipanggil 'tesking', saya pun tidak pasti dari mana datangnya nama ini, mungkin sebab ada banyak perkataan TestKing.com dalam soalan itu, huhu. Walaupun ini adalah cara paling singkat dan selamat untuk lulus, tetapi amat membosankan. Harap-harap Bill Gates tidak marah dan ban kami dari ambil ujian, semua orang pun buat begini. Saya lebih suka apabila pelatih bercerita tentang server, yang menurutnya over-simplified version. Walaupun banyak teknikal term yang saya tidak fahami, dan sampai kadang-kadang terlalu blur sampai melayang-layang ke planet mana.

Hari ini seorang kawan saya sakit perut sampai muntah-muntah. Kami semua kaget, dan menghubungi IIUM Health Centre. Lalu datanglah ambulans. Kami beramai-ramai menarik kerusi kawan saya ini. Sebenarnya perasaan saya simpati tapi dalam masa yang sama tidak dapat menahan diri dari tergelak sebab bila saya menarik kerusi beroda (yang memang digunakan oleh kami di dalam kelas), kerusi itu bergerak ke kiri, ke kanan.
Dalam hati saya,

"Kenapa kerusi ini susah sangat hendak tolak?"

Lalu kami bergotong-royong menolak, dan bila sampai di tangga, kami gunakan 'stretcher' (apa ya dalam BM?) hingga ke ambulans.

Yang amat menggelikan hati kami, apabila seorang rakan sekelas memberi respons,
"Saya pun buat tesking ini, sampai rasa hendak muntah"

Saya yang mendengar tidak dapat menahan diri dari ketawa. Wakaka. Mungkin dia fikir kawan saya muntah sebab buat tesking. Sebenarnya ia bukanlah sebab utama, tetapi boleh jadi juga.
Saya rasa kawan-kawan sekelas saya memang kelakar, mereka kata,

"Kalau sakit sebelah kanan, appendix, kalau sebelah kiri, gastrik," kata seorang kawan (saya tidak ingatlah nama dia)

"Macam doktor pula, padahal technician," kata kawan yang seorang lagi.

Semua orang memberi pendapat ala-ala doktor. Wakaka.
Hari ini saya naik ambulans teman kawan saya, tapi dekat sahaja. Sempatlah berlagak macam jururawat, sebab tiada jururawat selain pemandu ambulans, saya dan kawan yang sakit ini di dalam kenderaan itu.

Di klinik suasana agak kelam-kabut, adakah patut tanya saya pula, macam saya yang jadi doktor. Lepas itu seorang lelaki (Saya tidak pasti jururawat atau doktor) memberikan suntikan. Petang itu saya hantarkan semua barang kawan saya ke klinik (banyak betul barang dia), sebab dia mahu terus balik ke rumah. Ada cerita 'Bukan Cinderella' kegemaran saya sedang bermain di TV klinik, saya ingat mahu tengok sampai habis dan memberi alasan menemani kawan yang sakit (saya tahu pelatih mesti tidak marah punya), tapi tidak jadi sebab belum habis buat tesking (tesking lagi).

Oklah, saya mahu sambung buat tesking, doakan saya lulus ujian esok (16 Mei), sebenarnya sekarang pun sudah masuk hari Rabu, huhu.

4 comments:

Juragan said...

cik strawberry, tompang tanye bleh? TESKING tue ape ye? :p

Maslina aka Strawberry said...

Tesking itu koleksi soalan (dan jawapan) yang serupa dengan ujian sebenar MSCA/MCSE, ada yang berbentuk interaktif seperti ujian secara online.

Achik_Sufi said...

ape yang kau merepek nie strawberry...achik x fahamla...jangan banyak merepek dan makan kerepek...he..he..salam perkenalan.

Maslina aka Strawberry said...

Makan kerepek sedap, merepek pun sedap, Strawberry suka merepek tapi ada juga orang baca repekan ini macam Achik Sufi. Apa lagi yang direpek oleh Achik ini? Strawberry tidak fahamlah...