Monday, May 14, 2007

Duhai Bonda

Saya ucapkan selamat hari ibu khas buat ibuku, S. Noor Hamidah yang telah melahirkan, membesarkan dan membimbing saya sejak dari dalam kandungan hingga sekarang. Terima kasih ibu, jasamu tak mungkin dapat kubalas sampai bila-bila. Semoga Allah mengasihimu dan memelihara ibu seperti mana ibu menjagaku sejak kecil. Alhamdulillah, terima kasih Tuhan kerana memberi anugerah ibu yang tidak ternilai harganya.

Selamat hari ibu juga untuk semua ibu dan bakal ibu.

Rabiatul, saya dan ibu tersayang:



Ayah dan ibu:









Duhai Bonda (NowSeeHeart) - nasyid kegemaran saya.

Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri pun membeikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Korban segalanya penuh rela

Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing

Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan

Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anak-anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada

Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda

1 comment:

umniyah said...

wah parents mas..bagai pinang dibelah dua..kim salam kat diorg yerk..