Sunday, May 6, 2007

Kisah Balang, Bola dan Kopi

Pada suatu hari sedang meminum kopi di waktu petang, seorang pakcik berkata kepada anak saudaranya,

"Cuba kamu lihat balang ini, dan masukkan bola tenis hingga penuh,"

Setelah itu, pakcik itu bertanya,

"Adakah sudah penuh?"

"Ya," jawab anak saudara.

"Cuba masukkan bola golf pula," kata pakcik.

Ternyata bola golf itu masih boleh dimasukkan di celah-celah bola tenis.

"Ya,masih boleh diisi, sekarang adakah sudah penuh?"

"Ya," jawab anak saudara.

"Sekarang masukkan guli pula,"

Guli-guli itu muat di celah bola-bola itu. Kemudian mereka memasukkan pasir ke dalam balang. Akhir sekali pakciknya memasukkan kopi yang dia minum ke dalam balang itu, maka penuhlah balang itu.

"Sekarang barulah balang ini benar-benar penuh," Kata pakciknya.

"Apakah kesimpulan dari ini, pakcik?" tanya anak saudara.

Lalu pakciknya menjawab,

"Balang itu adalah masa dalam hidup kita.
Bola tenis itu diibaratkan seperti perkara yang paling penting dalam hidup,
bola golf adalah perkara yang penting ,
guli pula yang kurang penting,
manakala pasir adalah yang tidak penting."

"Jika kita sudah memenuhkan balang dengan pasir, tidak ada ruang lagi untuk mengisi bola dan guli. Tetapi jika jika penuhkan dahulu dengan bola, akan ada ruang untuk guli dan pasir,"

"Bagaimana dengan kopi ini?"

Pakciknya ketawa lalu berkata,
"Sentiasa ada masa untuk secawan kopi dengan kawan-kawan dan orang tersayang," :)

Sekian.

*Kisah yang diceritakan semula oleh Maslina.
Cuba-cuba teknik Surah Yusuf (baru hendak belajar) - lawati Universiti Terbuka PTS

1 comment:

juragan said...

Pernah baca cerita nie tapi dr versi yang lain. Nice story. (",)