Thursday, May 10, 2007

Mari Berbalas Pantun dengan Maslina

Pelangi terbit di waktu siang,
Tidak jemu sang puteri memandang;
Maslina ucapkan selamat datang,
Kepada tetamu yang tidak jemu bertandang.

Bola dibaling melantun-lantun,
Gembira si anak bermain-main;
Mari kita berbalas pantun,
Khazanah dikekal ukhwah terjalin.

Kapal di laut belayar sudah,
Menuju ke Pulau Tanjung Jeli;
Pantun dikarang sudah, dijual sudah,
Adakah tuan hamba berani membeli?




Free shoutbox @ ShoutMix



***Lihat semua pantun terdahulu di sini

4 May 07

No comments: