Saturday, May 19, 2007

MCSA/MCSE episod 3: Dugaan pertama

Alhamdulillah, minggu ini keputusan projek telah keluar, bermakna saya sudah menjadi GRADUAN UIA, bukan lagi pelajar. Jika Sepanjang tahun 2006 hingga awal tahun 2007, tulisan saya banyak berkisar tentang kehidupan saya sebagai pelajar tahun akhir dan tentunya projek akhir tahun, yang menjadi saat-saat 'horror' bagi saya. Tentulah apa yang dialamilah yang dapat diceritakan di sini, atau mungkin apa yang difikirkan walaupun di alam fantasi, hehe.

Sementelahan saya sedang mengikuti kursus MCSA/MCSE selama dua bulan bermula 7 Mei dan dilanjutkan sehingga 6 Julai ini, kelas setiap hari Isnin hingga Ahad dari 9 pagi hingga 5 petang. Maka yang dapat saya ceritakan adalah aktiviti saya di dalam kelas. Atau mungkin aktiviti saya selepas kelas dan hari Ahad. Sebenarnya saya ada banyak aktiviti sampingan, seperti menulis blog (hehe), berniaga dan berjumpa klien (insyaAllah saya akan ceritakan tentang bisnes saya di hari yang lain). Alhamdulillah, sekurang-kurangnya satu perkara yang dapat menampal kebosanan yang mungkin timbul daripada 'kepenatan' atau 'fatigue' akibat kelas yang berpanjangan ialah saya dapat mengakses internet secara percuma di dalam kelas.

KEBAHAGIAAN DAN KESENGSARAAN BERPUNCA DARI DIRI KITA SENDIRI (MINDA), BUKAN PERSEKITARAN KITA. KITA TIDAK BOLEH MENGUBAH APA-APA MELAINKAN DIRI KITA SEMDIRI. BENARKAH?
Contohnya: Adakah jika kita menghadapi setiap hari yang sama itu (seperti saya menghadiri kelas yang sama setiap hari) membosankan? Jawapannya ada pada diri kita sendiri, dan kita mampu membuatkan ia benar atau sebaliknya tanpa pengubah apa-apa selain mind-setting kita. Carilah apa-apa sebab untuk gembira setiap hari, bukan mencari alasan untuk berasa tidak puas hati.

Beberapa rakan blog saya bertanya keputusan dari ujian MCSA, setelah saya asyik membuat tesking yang tidak habis-habis. Oleh kerana menulis secara naratif agak lambat dan membosankan untuk sebuah cerita, saya tulis dalam bentuk cerpen bersiri:

Di hari ujian MCSA pertama, Rabu, 16 Mei 2007.

"Mas, awak sudah sampaikah?" suara Nazrah kedengaran dari corong telefon bimbit.

"Saya dalam perjalanan, ujian itu berlangsung di makmal ITD tingkat satu, di tengah-tengah makmal perempuan dan lelaki. Jumpa di sana ya,"

Saya berjalan terus ke arah makmal ITD dan terdengar,

"Di sini!" teriak Iqbal, Naufal dan rakan-rakan.

Semua orang sedang menunggu pendaftaran seorang demi seorang di hadapan pintu masuk makmal. Kelihatan Kak Shimah sedang menguruskan pendaftaran.

"Kalau tidak lulus, saya balik kampunglah, cari kerja. Risau juga baca pun tidak faham." kata saya.

Di dalam makmal itu, ujian dijalankan secara on-line dan setiap orang mendapat set soalan yang berbeza. Masa diberikan 4 jam untuk 45 soalan. Ternyata soalan yang sukar dan mengelirukan.

Masa terus berlalu, dan terasa singkatnya waktu dan lagi setengah jam tamat peperiksaan. Seorang demi seorang telah keluar. Kemudian saya lihat Iqbal habis menjawab soalan. Saya sempat memberikan isyarat bertanya,

"Lulus?"

Iqbal mengangguk, dan tersenyum gembira. Saya sudah habis menjawab dan menyemak beberapa kali. Apabila butang 'tamat ujian' ditekan, keluar skrin putih menandakan markah sedang dikira. Saya dapat mendengar kuatnya degupan jantung saya berbunyi, berdebar-debar menunggu keputusan. Lulus atau tidak?

"Harap maaf..."

Membaca ayat pertama itu menunjukkan saya TIDAK BERJAYA. Setelah keluar, saya menuju ke kedai berhampiran dan membeli dua batang aiskrim dengan harapan dapat mengurangkan rasa kecewa saya. Saya kembali ke makmal untuk menunggu kawan-kawan saya yang lain. Seketika kemudian, keluar Salha dan Zana.

"Bagaimana?" saya bertanya.

"Kamu lulus atau tidak?" Salha bertanya kembali.

Saya menggeleng.

"Kami berdua pun sama," kata Salha.

Tidak lama kemudian Nazrah keluar dan saya menghulurkan aiskrim yang telah dibeli sambil memberitahu tentang 'kecundangan' semua kami.

"Saya baru bernazar kalau saya lulus, saya mahu belanja Mas," kata Nazrah.

"Jika tidak lulus, saya yang belanja aiskrim," sambung saya.

Hati saya berasa lega sedikit memandangkan ramai yang senasib. Kami sempat berbincang untuk menarik diri kerana tidak bersemangat lagi untuk meneruskan kursus ini.

"Esok kita datang dulu ke kelas untuk berbincang dengan En. Feroze, lihat apa reaksinya," saya menyarankan sebelum meninggalkan mereka.

Apakah nasib saya dan kawan-kawan? Berapa orangkah yang lulus dalam ujian ini?

Bersambung....

p/s: Bagi rakan-rakan yang sudah tahu terutamanya rakan sekelas dan rakan mekatronik yang membaca blog ini, jangan pecah rahsia dulu, ya. Saspen ;)

1 comment:

Juragan said...

bagusla hasil tulisan awk. betul seperti awk cakap. kebahagiaan adalah bagaimana kita memberi dan bukan sekadar menerima....