Tuesday, May 22, 2007

MCSA/MCSE episod 4

"Macamana Naz, kita boleh gagal pula ni?" kataku kepada Nazrah.

"Itulah pasal," Nazrah menjawab.

"Saya tidak pernah lagi gagal dalam apa-apa subjek sewaktu membuat ijazah kejuruteraan, tetapi boleh pula gagal kali ini," kataku lagi.

"Sesusah-susah kejuruteraan, bagi saya susah lagi kursus ini. Mungkin kerana kita tiada asas dalam IT. " saya terus meluahkan rasa.

Kedengaran trainer kami, En. Feroze sudah tiba,

"Bagaimana dengan ujian semalam, saya dengar hanya enam orang yang lulus daripada 19 orang."

Beliau kemudian bertanya seorang demi seorang, siapa yang lulus,

"Saya amat berbangga dengan kamu (pelajar mekatronik) kerana mendapat markah 600 lebih (markah lulus adalah 700) lebih setelah belajar hanya 5 hari (tanpa latar belakang IT). Orang yang telah bekerja dalam bidang ini pun mengambil beminggu-minggu untuk bersedia sebelum mengambil ujian."

Ketika kami berbincang-bincang, masuklah ketua projek Prestariang, En. Jefdi memberikan beberapa maklumat,

"Kami akan menyediakan ujian ulangan untuk kamu berdasarkan prestasi kamu selepas ini. Selain itu, kami akan menimbangkan untuk melanjutkan MCSA ini kepada MCSE (Microsoft Certified Server Engineer),"

Alhamdulillah, kataku di dalam hati. Walaupun kami gagal, pihak Prestariang masih bermurah hati menawarkan ujian ulangan yang benilai RM 300 atau RM 150, yang sepatutnya kami tanggung sendiri. Malah, menawarkan MCSE pula. Apapun, kami perlu berusaha lebih untuk subjek seterusnya.

Saya memerlukan kekuatan dan ketahanan untuk meneruskan 'perjuangan' ini.

"Ya Allah berilah kekuatan kepada kami. Amin!"

Saya bersyukur kerana dapat mengambil kursus yang bernilai ini, walaupun kesibukan menjadikan masa berlalu begitu pantas. Jika tidak mungkin saya merasakan masa begitu perlahan hingga ke bulan Julai.

Walau apapun, saya berserah kepada Allah,
"Ya Allah ya Tuhanku, jika Kau takdirkan ini yang terbaik untukku, maka permudahkanlah jalannya, dan tunjukkanlah jalan yang terbaik untukku. Amin!"

Saya sering memanfaatkan setiap peluang yang datang jika nampak ada kebaikan di dalamnya.
Kadangkala kita tidak nampak banyak permata bertaburan di sekeliling kita. Jika kita ambil kita yang untung, jika kita biarkan, kita yang rugi bukan orang lain. Seperti peluang meningkatkan diri, menambah keuntungan, dsb.

Dan jika melihat pada peluang yang paling abadi, peluang menambahkan amalan sementara umur masih ada, dan masa muda adalah masa paling berharga. Jika kita beramal soleh di masa muda, ia akan memudahkan di masa tua. Biarlah sedikit asalkan istiqamah. Serta sentiasa memperbaharui taubat kerana manusia tidak sunyi daripada kesilapan. Garaplah peluang yang ada kerana mungkin ia tidak akan datang lagi selepas ini...

No comments: