Friday, May 4, 2007

Pantun Melayu Evergreen

Di bawah ini semua pantun yang saya ingat sejak sekolah rendah, pantun lama-lama.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Pulau pandan jauh ketengah,
Gunung daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan layu-layuan.

Hmm.. Apa lagi ya?
Kalau ingat nanti saya tambahlah, kalau ada yang mahu berkongsi sangatlah dialu-alukan :)

Klik di sini untuk pantun evergreen dari sahabat saya :)

7 comments:

Dr Kadir said...

Daun mengkudu bercabang-cabang,
Tempat temasya semut kerengga,
Hatiku rindu kepada cik abang,
Menunggu masa serumahtangga.

Batang padi si batang pinang,
Pohon lada buahnya jarang,
Kalau sudi lekaslah dipinang,
Sebelum dinda diambil orang.

Daun nipah ditebang-tebang,
Batang padi aku lurutkan,
Kalau sudah kepunyaan abang,
Ke laut api aku turutkan.

From http://petaijeruk.blogspot.com hihi

HuMYRa MukhTaR said...

salam maslina.

saya seronok berpesta pantun di teratakmu. lama saya rindukan suasana ni. rupanya budaya ini masih diingati dan dihargai.

bangga benar saya!

cuma cik maslina saya,
ada sedikit pembetulan pada rangkap pantun ~
Yang kurik itu kendi.

ia sepatutnya KUNDI :)

orang lama-lama sangat teliti dalam soal kias-mengias. kundi dan biji saga, warnanya sama merah menyala. yang beza, kundi berkurik. tapi biji saga merah sahaja.

saya pun belajar dari orang tua-tua.

maafkan saya kerana berniat mahu berkongsi ilmu yang satu ini.

sila berkunjung lagi ke laman saya. setepak sirih bakal saya adapkan dulu ... :)

~humaira mukhtar~

Siti Noor Maslina said...

To Dr Kadir,

Saudara memang pandai berpantun. Berpantunlah di sini banyak-banyak, ya. Hehe. Terima kasih :)

Siti Noor Maslina said...

To humyra,
Terima kasih daun keladi, nanti saya betulkan. :)

Juragan said...

ini lg satu yang sy rase tertinggal

buah langsat kuning mencelah,
senduduk tidak berbunga lagi,
sudah dapat gading bertuah,
tanduk tidak berguna lagi.

best jugak blog awk nie ye...

Siti Noor Maslina said...

Terima kasih, saya simpan di archive, ya :)

http://maslinalife.blogspot.com/2007/03/pantun-evergreen-dari-sahabat-maslina.html

Anonymous said...

sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
suruh makan dia makan,
suruh mengaji dia tak tahu

tanam pinang rapat rapat,
biar senang puyuh berlari,
kupinang pinang tak dapat,
ku pujuk pujuk ku bawa lari