Thursday, May 3, 2007

Rumahku Syurgaku

Sudah hampir dua minggu saya di rumahmu tersayang, di Kuantan. Bila saya balik Kuantan, saya boleh duduk di dalam rumah tanpa keluar selama sebulan (kerana melepas geram terlalu penat belajar), sampai ayah kata,

"Mahu putihkan kulitkah?"

Bagi saya perkara itu tiada masalah kerana saya memang suka berkepompong dalam rumah, baca buku, tulis diari (terkini menulis di blog), buat kerja rumah, memasak, tidur, dan menonton rancangan kegemaran (tentunya drama atau cerita cinta - jiwang karat betul). Walaupun dikatakan puteri lilin, ayam putih, dara pingitan dsb. Bila adik-adik ajak jalan-jalan di bandar Kuantan, saya kata,

"Tidur lagi seronok,"

Cuma kadang-kadang ikut juga. Saya tidak pasti adakah ini habit yang sihat atau tidak, yang penting saya rasa bahagia. Bila dikoreksi, kebanyakan masa hidup saya lebih banyak dihabiskan dengan aktiviti pasif seperti membaca dan berfikir. Sambil baring, pejam mata pun, enjin otak bekerja, kadang-kadang tidak mahu berhenti. Itulah sebabnya saya suka tidur kerana hanya itulah masanya otak saya berehat. Bila penggunaan otak sampai tahap hampir maksima, saya dapat merasa hangat di dahi terutamanya setelah menjawab soalan peperiksaan yang melibatkan mengiraan kompleks tahap tinggi. Hehe. Malangnya saya tidak begitu bagus bersukan, main bola jaring pun tidak pandai (saya tidak ingat pernah main bola jaring). Lalu saya menyedapkan hati dengan berkata,

"Mungkin kerana saya ini kecil, jadi tiada siapa yang mahu mengajak saya bermain bola jaring dan permainan yang seangkatan dengannya," walaubagaimanapun, saya selesa dengan alasan ini, tidak mengapa, kecil-kecil cili padi.

Sukan yang saya gemari cuma berbasikal dan berenang. Tapi sewaktu saya mengambil skil berenang di UIA, saya berjaya dapat A untuk ujian. Itupun dengan usaha yang keras, hari-hari turun ke kolam renang. Mungkin bagi orang lain perkara biasa, tetapi luar biasa bagi saya yang tidak pernah mewakili dan memenangi hatta peringkat rumah sukan dalam sukan. Sewaktu sekolah dahulu, satu-satunya pingat saya pernah menang ialah tempat kesepuluh rentas desa, tetapi saya amat berbangga dengannya. Hehe.

Saya memang banyak kelemahan tetapi saya sangat sayang diri saya dan menerima seadanya, eh bukan, sesyukurnya dan segembiranya di samping berusaha memperbaiki dan meningkatkan diri. Terima kasih, ya Allah!

# Maslina is a family-oriented girl

No comments: