Friday, May 11, 2007

Suratan atau Kebetulan?

Hari-hari yang sibuk, namun saya sudah terbiasa. Mencari ruang untuk melakukan semua yang terdaya. Di saat ini, waktu transaksi, pertukaran bagi diri, saya masih mencari-cari, menganalisis apa yang patut kupilih untuk jalani untuk waktu akan datang. Peluang juga terus datang. Sebenarnya kita sentiasa ada pilihan, tetapi terpulang kepada kita untuk memilih. Namun ada orang kata, kita tidak tahu apa akibat dari pilihan kita, ataupun apa yang telah tercatat di lauhul mahfuz.

Dalam kursus MCSA, kami mandapat peluang untuk melanjutkan kursus hingga tahap MCSE pula, yang memerlukan kami lulus 7 ujian. Tapi bukan senang untuk mendapat tandatangan Bill Gates, kan. Dan satu lagi pertanyaan timbul? Adakah saya mahu jadi microsoft system administrator, pula? Hehe. Kadangkala banyak pilihan lebih memeningkan.

Saya tidak pasti ketepatan analogi saya, iaitu kita melihat apa yang telah berlaku pada masa sebelum ini. Sebagai contoh, saya selalunya mendapat sesuatu tempat atau jawatan melalui orang yang dikenali, serta selalu gagal temuduga (dengan orang yang tidak dikenali). Mungkin jika orang tidak kenal saya, dia tidak akan dapat memahami saya walaupun dengan temuduga, atau pertama kali orang melihat saya tidak akan nampak diri sebenar saya. Namun sebenarnya apa yang ditawarkan itu lebih baik dari yang saya minta tetapi tidak dapat. Ada jenis orang yang mendapat sesuatu dengan usaha, atau cara yang lain dari saya. Bila sudah banyak kali berlaku, maka tentu kita faham diri kita macamana. Namun saya selalu terus menguji sesahihan teori ini. Rasanya bolehlah dipercayai. Jadi, ukurlah baju di badan sendiri, yang mana sesuai dan berkesan untuk diri kita, tidak perlu ikut cara orang lain, kerana mungkin hasilnya berbeza. Namun, kalau sudah banyak kali tidak menjadi, carilah jalan lain, kalau buat juga cara yang sama walaupun gagal berkali-kali, itu salah sendirilah.

Selalu orang berkata, kita perlu percaya diri. Apa yang kita fikirkan akan menjadi kenyataan. Saya percaya kepada kenyataan ini, kerana fikiran kita akan menjadi magnet apa yang kita inginkan. Kerana saya selalu mendapat apa yang saya inginkan.
Satu lagi, kadangkala saya selalu bertanya pada diri apabila sesuatu berlaku seperti yang kita anggarkan. Adakah ianya terjadi kerana kita fikirkan ia akan terjadi, maka ia terjadi, ataupun itu adalah instinct kita dapat merasakan ia akan terjadi.

Walau apapun teori fikiran dan saintifik, dalam hati saya kuat mempercayai, semuanya adalah tidak mustahil kerana Allah mampu melakukan apa sahaja. Dan Dia mampu memberi apa yang kita doakan. APA YANG KITA FIKIRKAN ADALAH DOA.

"ALLAH ADALAH SEPERTI APA YANG KITA FIKIRKAN"

No comments: