Thursday, May 3, 2007

Tabiat Menonton yang Aneh

Sambungan kepada aktiviti di rumah, tentang tabiat menonton saya yang agak pelik. Saya tidak boleh melihat babak yang mengerikan seperti kemalangan ngeri, pembedahan seperti medic-TV dsb. Saya rasa seperti saya yang kena bedah, tidak sanggup!

Kedua, jika saya tidak suka tentang paparan TV, saya akan komen dan luahkan rasa.
Contohnya jika ada rancangan Akademi Fantasia, Malaysian Idol, One in a Million dsb, komen tetap saya,

"Tidak habis-habis dengan budaya hedonisme. Sekarang ini semua orang mahu cerita, bincang pasal hiburan, artis, macam penting sangat. Perkara yang lebih penting seperti masalah umat dan saudara seagama kita di Palestin, Iran, Iraq tidak dipedulikan lantaran selalu sibuk dengan perkara yang lagha ini. Memang ketawa besarlah, ketawa kemenangan orang kafir yang sengaja mahu melalaikan dan merosakkan umat Islam dengan mempromosikan budaya hedonisme secara berleluasa. Dapat sokongan pula oleh syarikat TV, kerajaan, pelik-pelik."

Begitu juga kalau tengok babak-babak watak jahat, seperti merancang komplot menganiaya, saya akan kata,

"Hee, jahatnya dia. Tidak patut betul. kasihannya."

Jika betul-betul berlaku depan saya tentu saya sudah tegur dan halang perbuatan zalim (pelakon) itu. Sampai adik-adik saya kata,

"Kak Mas, buat cerita sendirilah,"

Sememangnya adakah cerita tanpa orang jahat, cuma kadang-kadang saya takut terpengaruh dengan sifat jahat yang saya lihat kerana saya terlalu menghayati seolah-olah saya yang berlakon setiap watak . Tidak sanggup jadi jahat! (Adakah patut? isk isk Maslina ini)

Apatah lagi kalau betul-betul, memang saya cenderung tegur sahaja kalau rasa macam perkara tidak sesuai, bukankah Nabi kata, cegahlah kemungkaran dengan tangan (kuasa), perkataan atau hati. Tetapi membenci dengan hati sahaja adalah selemah-lemah iman. Tetapi kalau dalam TV pun sampai terikut-ikut. Aduhai...

Tapi kalau tidak dapat dan tidak mampu tegur, saya akan pergi sahaja, rasa geram dalam hati tidak tahan. Sebenarnya saya ini sensitif, jadi banyak perkara yang kalau saya tidak tahan melihat dan menghadapi, saya jauhkan diri. Rasa sedih juga tidak dapat mencontohi nabi yang walaupun dianiaya, dicerca, dimaki atau ada orang yang berperangai buruk, nabi akan melayan baik orang itu, tapi saya terus mengelakkan diri takut terluka. Hanya mahu berkawan dengan orang yang saya rasa serasi dan selesa. Lemahnya diri ini. Hmm...

No comments: