Saturday, May 12, 2007

Perjalanan Seribu Batu

Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama...

Maafkan saya, jika kalian semua perasan, catatan saya di sini banyak berkait dengan situasi dan mood 'dalam pertanyaan dan pencarian'.
Pertengahan tahun 2006 hingga sekarang saya berada dalam konflik identiti terutama dalam menentukan kerjaya untuk sepanjang hidup saya. Memang satu saat yang agak kritikal bagi diri saya. Saya punya impian tapi tidak pasti jalan mana untuk mencapainya. Memang tidak mudah membuat keputusan, dan saya telah lakukan banyak perkara. Bertanya pendapat semua orang (rakan, pensyarah, konsultan), membuat ujian personaliti, mengambil kursus (MCSA contohnya), pergi temuduga, berfikir dan bermuhasabah, mencuba semua peluang yang datang, berdoa dan solat istikharah. Saya membuat pelbagai perbandingan dan kesimpulan. Walaubagaimanapun, saya perlu berjuang dan bertanggungjawab ke atas kehidupan saya, tidak bergantung kepada orang (terutama ibu-bapa) lagi, serta tanggungjawab kepada keluarga. Tapi saya harap, dapat melakukan sesuatu yang sesuai dengan jiwa saya serta mempunyai kehidupan yang senang dan bahagia. Ya Allah, pimpinlah aku dan tunjukkanlah jalan yang terbaik.

Dalam tempoh ini dan perkara-perkara yang saya lakukan, saya mendapati saya ada rakan yang saya ikut dan ikut saya pergi kursus sama-sama, temuduga sama-sama, jumpa orang sama-sama. Dalam keunikan saya, ada seorang yang banyak persamaan dengan saya dari beberapa aspek. Sahabat saya, Nazrah, rupanya saya tidak sendiri. Memang di saat ini saya perlukan rakan kerana baru hendak melangkah ke dunia baru. Terima kasih, Nazrah :)

2 comments:

umniyah said...

semoga Tuhan permudahkan urusan Mas... Doakan saya jugak yer :)

Maslina aka Strawberry said...

Terima kasih mar, saya doakan mar berjaya mencapai impian mar.