Tuesday, June 26, 2007

MCSE episod 5

Tinggal kurang dari dua minggu kami akan menghabiskan kursus MCSE. Kelas kami yang telah banyak menimbulkan kontroversi berubah semakin baik dan positif. Kami lebih bermotivasi, dengan sokongan pelbagai pihak terutamanya trainer yang berjanji akan belanja jika kami lulus, Iqbal yang menjadi sumber maklumat, Naufal yang selalu terangkan bila saya tidak faham, dan kehadiran kawan-kawan memberi semangat. Sehingga kini, cuma 13 orang yang bertahan daripada hampir 20 orang pada awal kursus ini. Doakan kami semua berjaya dapat sijil MCSE. InsyaAllah... Amin!

Trainer baru, En. Inderjit Singh yang selalu punya semangat yang tinggi dan ingin kami semua berjaya. Pada mulanya dia agak tegas tapi lama-kelamaan kelas kami menjadi semakin seronok. Bahagian yang paling best tentulah dapat makan percuma (McD, Secret Recepy) setiap kali kami lulus. Dalam kelas pun selalu ada makanan ringan yang disumbangkan oleh En. Inderjit atau rakan-rakan. Hari ini saya dan Naufal kena belanja sarapan. Tengahari tadi pula Iqbal belanja pizza Domino. Kenyang dan mengantuk dalam kelas akibat makan banyak sangat. Habis kursus ini, bertambahlah berat badan beberapa kg (barulah mantap). Huhu.

Cerita dan gambar selanjutnya [klik di sini]

Saya dan rakan-rakan di dalam kelas:




Cerita dan gambar selanjutnya [klik di sini]

1 comment:

Achik_Sufi said...

yeaaa 1st komen...

mane satu strawberry yea...? konpius..konpius...