Friday, June 8, 2007

Musim temuduga?

Hari ini genap sebulan saya mengikuti kursus MCSA/MCSE di UIA.  Setelah beberapa perkara yang berlaku yang menyebabkan kelas kami menjadi bualan hangat di kalangan staff prestariang hingga sampai ke master trainer.  Tambahan pula, ia pertama kali berlaku di mana ramai yang memperkatakan.  Ada yang mengatakan kerana kami meminta untuk melanjutkan ke MCSE tetapi tidak memberikan output yang diharapkan.  Siapa yang tidak mahu mendapat keputusan yang baik, tetapi perkara sudah terjadi.  Dalam pada ketegangan itu, datang pula master trainer yang menyebelahi kami serta fight mengatakan kami layak untuk meneruskan course ini. Alhamdulillah, Allah membantu kami.  Wallahu'alam.

Sedangkan diri saya sendiri yang hilang semangat namun, kerana tiada perkara lain yang dapat dilakukan, saya terus ke kelas setiap hari.  Nampaknya sekarang ini pelbagai pihak seperti 'memaksa' dan mendesak kami memberikan sepenuh komitmen agar akhirnya dapat melahirkan seberapa banyak MCSE dari kelas ini.

Dalam tempoh sebulan ini, saya juga mencari kerja dan menghadiri temuduga.  Setakat ini sudah tiga temuduga yang saya hadiri.  Bagus juga saya berada di KL sekarang ini. Sekali-sekala datang rasa risau juga mahu mendapatkan kerja yang sesuai, tapi kata orang rezeki itu insyaAllah ada.  Walau apapun, pengalaman menghadiri temuduga menyeronokkan walaupun kadang-kadang menyebabkan rasa cuak dan 'rama-rama di dalam perut' (buterfly in the stomach). Akhir-akhir ini oleh kerana selalu pergi temuduga, rasa biasa sahaja. Haha.  Saya harap dapat memperbaiki skil temuduga saya.  Ya Allah, saya harap dapatlah kerja yang baik dalam masa terdekat ini, Amin!

Tidak lupa juga saya sudah menghadiri 2 kursus PTS (KJ method dan Teknik Surah Yusuf) oleh Puan Ainon yang sangat menarik dan bermanfaat untuk diaplikasikan dalam menulis buku.
Sedikit demi sedikit saya sudah merasakan diri saya bukan lagi sebagai seorang pelajar. Kawan-kawan saya pula ramai yang sudah bekerja, dan seorang demi seorang mendirikan rumah tangga.  Rasa macam sudah tua pula.



2 comments:

Abang Long said...

Adik, semuanya ketentuan Allah. Yang penting kita berusaha. Sudah banyakkah hasil penulisan setakat ini ?

alFaisal said...

Alhamdulillah berpeluang menghadiri bengkel2 penulisan. Ana pernah beberapa kali cari peluang namun belum ada rezeki :) Nanti boleh la berikan kritikan membina pada pos2 di blog ana ye:P