Saturday, December 25, 2010

Sebab musabab

Saya sukakan bulan tujuh, tahun 2007, nombor 7. Bukan kerana banyak perkara yang bertuah atau menyeronokkan berlaku pada tarikh ini, hanya kerana saya sukakannya. Adakah suka memerlukan sebab? Ya, sekurang-kurangnya satu sebab... adakah kerana saya lahir pada bulan 7 ? Itu sahaja? Sebenarnya kerana saya suka lalu memberikan sebab untuk terus menyukai ataupun kerana sebab itu lalu saya suka?
Saya lebih suka sebab yang pertama. Manusia memang begitu.

*Saya tertarik pada kata-kata: "Cinta itu diungkapkan bukan dengan 'Saya cintakan awak kerana...' tetapi 'Saya cintakan awak walaupun...' "

No comments: