Thursday, July 10, 2008

Kembali

Daripada tarikh terakhir saya mengemaskini blog ini, setahun sudah berlalu. 'Percutian' saya dari menulis blog, saya sendiri pun sukar untuk menjawab. Mungkin kadang-kala kita akan 'berhenti' sebentar. Tempoh itu adalah selepas saya graduasi hingga saat saya memulakan kerja kedua saya. Saya tidak tahu bisakah saya bertemu lagi dengan rakan-rakan blogger saya terutamanya kassim selamat, rakan-rakan dari al-azhar, destinasi abadi, taqeyyabella, alexander, maryam, serta blog yang pernah masuk majalah.. teratak khairnaj.

Semestinya menulis ini dapat memberi satu kepuasan. Tempoh pertukaran dari seorang pelajar sepenuh masa ke alam pekerjaan masih belum tamat, mungkin hampit tamat. Dalam tempoh ini yang paling ketara saya sering berpindah-randah hingga, saya harap kerjaya kali ini dapatlah saya 'settle down' dan menumpukan pada perkembangan kerjaya di sini.

Alhamdulillah pertama-tamanya adalah kepada Allah yang mengurniakan segala nikmat dan kejayaan kepada saya. Berjaya memperoleh segulung ijazah yang selama 4 tahun saya bertungkus-lumus. Juga mengurniakan kerjaya yang memang diidamkan oleh kebanyakan orang di bidang saya, walaupun tidak semua. Sekarang saya sudah bergelar jurutera. Saya teringat pada kata-kata bos dahulu, jika awak memang layak, awak pasti akan mendapatkannya tidak kira halangan daripada sesiapa, mahupun kata-kata orang yang memperlekehkan kita.

No comments: