Saturday, January 22, 2011

Penyesalan si Kecil

Semasa saya tadika, di tadika islam tanah rata, cameron highlands, adalah pengalaman pertama saya bersekolah.. saya tak ingat seme perkara yg terjadi time saya beumur 6 thn, tapi ada beberapa peristiwa yg sentiasa kekal dlm ingatan..


Masa kat tadika tu macam2 belajar.. yg saya paling suka main plastisin.. best betul.. boleh buat gajah, ular dll, tapi susah time nak basuh tangan..

pastu cikgu tadika ajar sembahyang.. kat umah, bila ibu sembahyang saya mesti nak ikut. satu hari ibu sembahyang tak ajak, saya menangis, last2 sy sembahyang tapi suruh ibu bacakan seme bacaan dlm sembahyang sbb sy tak ingat nak baca apa.. tu sbb tak reti sembahyang sendiri… hehe

pada bulan ramadhan.. saya pun ikut berpuasa, sbb ayah kata klu tak posa makan rumput sebab, kambing je tak puasa. jadi klu tak puasa kene makan rumput macam kambing, takleh makan nasi. budak kecik, senang percaya pastu takut kene marah.

bila terawih, pun nak ikut ibu.. tapi time tu rasa penat sgt. hati kecil bertanya, kenapa byk sgt sembahyang tapi, sbb malu kat org ikut jela. satu ketika time sujud tak dengar imam kata "Allahuakbar", saya pun terus je sujud lama2. dalam hati kata "bestnye, boleh tidur".. hehe. tapi alangkah malunya bila tengok2 org seme dah bangun.. ada makcik tu kata, "kesian dia penat"..




setiap hari masa ayah nak amik ibu kat sekolah (ibu mengajar sesi petang kat sek men sul ahmad shah), mesti hantar saya, along dan adik kat taman permainan kat tanah rata (yg ada jam besar tu) sementara amik ibu kat sek bersebelahan taman tu. masa tu takdela kes culik2 ni. seronoknya hari2 main kat taman..

More

tapi, apakah yg dikatakan PENYESALAN SI KECIL? jeng3

setiap hari ibu akan hantar dan amik dari tadika , satu hari saya kata "Mulai hari ini, ibu takyah hantar mas, mas dah boleh pegi sendiri" -amboi budak ni, berlagak pula, tak padan kecik.. (sebenarnya kesian kat ibu kene hantar dan amik)

hari2 seterusnya saya pergi dan balik sendirian.. pada umur 6 tahun. nasib baik tak jauh sangat, kira2 5-10 minit je sampai.. masa tu saya rasa, alangkah menyesalnya cakap camtu kat ibu..klu ibu hantar kan best.. tapi terlajak perahu boleh diundur…

satu hari, hujan turun.. ibu datang bawa payung.. Gembiranya hati tak terperi.. kadang2 sesuatu yg istimewa kita tak sedari, bila tiada barulah sedar nilainya.. memiliki seseorang yg disayangi.. IBUKU..




-kisah maslina ketika berumur 6 tahun-

2 comments:

.Gory. said...

Fuyyoo. Swit gile story.

Maslina said...

ni diterbitkan semula dari blog lama