Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru

Saya sedang melayari internet dan terdengar bunyi mercun bertalu-talu tidak terlalu kuat. Malangnya tidak kelihatan cahaya-cahaya mercunnya dari rumah ini.

Apapun selamat Tahun Baru kepada semua. Tahun ini perkara yang paling banyak saya lalui ialah teambuilding/away day, menghadiri kenduri kawin dan suami saya banyak bertukar kerja di Johor, KL dan Sabah. Kejap jauh kejap dekat. Mula-mula kerjaya memang banyak cabaran, tak boleh memilih sangat hingga diri kita benar-benar 'mantap'.

Macam saya mula-mula kerja dulu, gaji starting di company pertama cuma RM1500. Sebagai graduat kejuruteraan dengan pointer 3.5++. No experience no talk. Macam pensyarah selalu kata, ijazah adalah sekeping kertas untuk kita dipanggil interview. Kemudian ia tidak begitu mempengaruhi kejayaan selepas itu. Namun yang masih boleh digunapakai semasa belajar, bekerja mahupun segala aspek dalam kehidupan ialah... ATTITUDE is 100% factor that make you success (and of course Allah will determine our Rezki and what good for us). Chaiyok!

Harapan tahun baru: Semoga kesilapan tahun2 yang lalu dapat dibaiki dengan kebaikan. Semoga kami dimurahkan & dicukupkan rezki, sentiasa bersyukur, tetap dalam syariat dan rahmat-Nya, lebih kuat beribadah, diri yang lebih baik dunia dan akhirat... semestinya tujuan hidup adalah untuk Allah dan Hari Kemudian.... Amin
Kami memohon kebaikan dari tahun ini dan berlindung daripada keburukan apa yang ada padanya. Lindugi kami dari gangguan dan hasutan syaitan, panahan mata manusia, aniaya dan bala bencana. Amin!

No comments: