Tuesday, January 25, 2011

Tentang saya dan tudung I


Hari ini daisy path ticker saya menunjukkan 3 weeks and three days saya memulakan bisnes Lovely Strawberry Collection.
Sebelum ini saya tidak terfikir pun untuk membuat bisnes internet, dan jika anda perasan, saya sudah lama tidak berblog, seperti mana saya aktif dan mempunyai ramai kenalan blog ketika saya belajar. Setelah graduasi dan mula bekerja, semacam tiada apa yang memberansangkan saya untuk menulis.

Post saya:
► 2010 (1) - tak aftif
► 2008 (1) - dah tak aktif
► 2007 (65) - aktif
sebelum 2007 - berblog di blog friendster

Idea memulakan bisnes bermula semasa saya bercuti bersama melawat suami di yang bekerja di Labuan. Ketika itu saya baru balik dari luar pantai dan mengambil cuti luar pantai selama 2 minggu termasuk cuti am. Dia berkata, "Sayang pergilah shopping apa-apa di Labuan" memandangkan saya akan terperap di hotel menunggu dia balik dari kerja. Dan tentunya memberi wang yang 'cukup' hasil gajinya yang pertama di sana.

Hotel itu berada betul-betul di bandar Labuan dan setiap hari bekerja akan ada pasar di bandar itu. Selaunya kami akan pergi ke Ujana Kewangan, tempat 'shopping' paling besar di Labuan. Saya yang 'jarang' bershopping mula terfikir nak beli apa. Dan kemudian saya membeli tudung, kemudian tudung, dan kemudian tudung.... haha dah ada empat helai. Selepas itu bila saya beritahu suami hendak keluar jalan-jalan dia akan berkata, "nak beli tudung la tu".

Mungkin benar saya suka beli, atau terpengaruh dengan kata-katanya yang saya memang suka beli tudung.

Tidak lama kemudian sekembalinya ke semenanjung, saya singgah di rumah abang dan kakak ipar saya, Munirah di Nilai, alang-alang dekat dengan KLIA. Dia menawarkan untuk membawa saya berjalan-jalan di Nilai dan bertanya adakah saya ingin membeli apa-apa di Nilai.

Lalu saya terfikir untuk melihat tudung di Nilai untuk membandingkan harga dan adakah terdapat yang sama di Nilai dengan di Labuan. Sebelum ini saya jarang beli tudung jenis ekspres, kerana senang memakai tudung yang sedia ada. Jadi masih belum biasa....

bersambung....


2 comments:

Raby said...

dramatik jugak jalan cerita.tak sabar nak tunggu sambung.haha

Maslina said...

ada bakat terpendam