Friday, February 25, 2011

Bagaimana mendaftar online banking dan bayar saman online

Secara umumnya sekarang ini ramai di zaman yang serba canggih hampir semua (tapi bukan semua) perkara boleh dilakukan secara on-line. Mengikut kajian zaman sekarang generasi muda lebih banyak berkomunikasi secara maya berbanding secara realiti.

Apapun kali ini saya ingin berkongsi tentang cara mendaftar online banking ini.

Maybank2u
1. Pergi ke ATM
2. Pilih 'online banking'
3. Pilih Online banking PIN
4. Masukkan nombor selain no pin yang selalu anda gunakan. cth: 999999
5. Buka maybank2u.com.my dan pilih "First time login"


6. Masukkan no kad ATM anda (16 digit di hadapan kad) di ruangan "Access No"
7. Masukkan pin yang anda masukkan tadi (cth: 999999)

7. Click activate, dan anda sudah mempunyai akaun m2u, login menggunakan user name dan password baru.

Bank lain juga seperti CIMB Clicks, BIMB Internet Banking, Ambank juga menggunakan kaedah yang sama, cuma mungkin perbezaan di ATM, ditulis CIMB Click, online PIN. PIN ini digunakan, selalunya sekali sahaja semasa mendaftar. Anda akan perlu masukkan 'user name' dan password lain semasa mendaftar.

Manakala RHB online banking lebih mudah, cuma masukkan nombor kad anda dan ikut arahan seterusnya.

Apakah kelebihan online banking?
Anda boleh membayar bil, transfer akaun, bayar saman, membeli-belah secara online tanpa perlu ke bank/pejabat pos/JPJ untuk cash deposit dsb.

Lagi tips: Tadi di TV terlalu ramai yang beratur untuk bayar saman. Saya bayar saman melalui MyEG selain buat roadtax dan renew insurans kereta. Ada juga yang complain pasal MyEG ni tapi sepanjang pengalaman saya menggunakan perkhidmatan ini, paling cepat saya daftar roadtax pagi, petang sudah dapat daripada MyEG courier. Mungkin kerana di KLCC. Saya buatkan untuk mak mertua saya di Felda Semenchu, roadtax sampai dalam masa dua hari dengan poslaju.

7 comments:

noor athirah said...

kalau wat RHB online banking kan.. kne g ATM dulu kew.. tok masok kan num fon for request TAC??

Maslina said...

Haritu saya daftar tak payah pergi atm, just masukkan no kad rhb tu

MaXi32 said...

Eh... ingatkan tip untuk bayar saman guna mb2u. Last2 cara nak daftar mb2u. -_-'

Anonymous said...

Bayar saman melalui myEg tu guna maybank2 ke kad kredit???

Valon Jason said...

bagaimna cara nk bayar saman jpj melalui rhb bnk on line....

Ah Fae said...

Tolong ajar sy cara nk register online

Ah Fae said...

Tolong ajar sy cara nk register online