Monday, February 7, 2011

Bagaimana Pengalaman Temuduga Saya II

September 2007. Esok saya ada temuduga di HP Johor. Hari ini saya manaiki bas dari Kuantan dan bermalam di rumah saudara di Kangkar.

Pagi-pagi Mak Busu telah mengeluarkan mi kuning, daging, fishcake, sayur, cili boh dan kicap lalu menyuruh saya membuat mi goreng. Kemudian kami makan bersama.

Atuk berkata, "Ingat nak puasa hari ini.,"
Tapi kemudiannya dia makan bersama kami.

Selepas itu Mak Busu telah menghantar saya ke temuduga di HP. Sememangnya ia adalah temuduga yang sukar seolah-olah ujian matapelajaran electronic dan instrument. Saya telah mengagak temuduganya begini kerana saya telah menghabiskan masa beberapa hari menelaah buku rujukan subjek di matrikulasi dan tahun pertama yang hampir berkarat di minda. Saya disuruh melukis litar untuk diode Z dan bagaimana bentuk litar untuk menghasilkan matriks exclusive.

Secara jujurnya saya tidak yakin akan berjaya atas beberapa sebab. Salah satunya saingan daripada calon lain, berlainan bangsa, dsb. Namun saya tetap yakin pasti akan ada rezeki kerana rezeki itu di tangan Tuhan.

No comments: