Sunday, February 6, 2011

Bagaimana Pengalaman Temuduga Saya

Oktober 2007, sudah masuk 7 bulan saya, 'tanam anggur' di rumah. Kalau betul tanam anggur sudah boleh petik dan jual. Ibu pun sudah mula bertanya-tanya bila hendak mula kerja. Habis sudah lebih 20 temuduga semuanya senyap sahaja. Sempat habiskan kursus MCSA dan MCSE selama dua bulan, kemudian jual dadih secara sambilan.

Teringat semasa temuduga di DRB-Hicom, Shah Alam. Ibu temankan pergi temuduga, sampai tersesat-sesat di Glenmarie.

Soalan pertama,
"Apa awak tahu tentang DRB-Hicom?"
"Membuat kereta Swift, di Gebeng..bla bla bla.."
"Nampaknya awak tidak tahu sangat tentang syarikat ini"
"Err.."

Soalan kedua,
"Cuba terangkan di papan putih tentang injap kereta."

Kemudian salah seorang penemuduga berkata, "Selalunya pelajar yang pointer tinggi ni sombong,"
Dalam hati saya, "Takdelah tinggi sangat ramai je yang lagi tinggi pointernya, tapi tak semestinya sombong. Sebab itu adalah karakter yang tak semestinya berkaitan pointer."
Tapi cuma tinggal monolog dalam hati sahaja, first impression always wins.

Seterusnya, bukanlah yang seperti anda jangkakan, itu adalah temuduga saringan kedua dan terakhir saya di sana, salah satu temuduga yang tidak berjaya dan melengkapkan koleksi pengalaman temuduga yang banyak.

Dari pengalaman saya dan rakan-rakan yang berjaya temuduga di syarikat mereka bekerja sekarang, melepasi temuduga itu adalah jauh lebih mudah, mengapa dan bagaimana?

3 comments:

Anonymous said...

cait cara kau cite pun riak.ko dpt keje ke x makcik?

Anonymous said...

apa yg riaknye?she just want to share her experience..ingat sonok ke tanam anggur??

Anonymous said...

cait..ko ni mmg pemburuk sangka...