Sunday, February 27, 2011

Di Mana Kita Boleh Promosi Perniagaan Kita

Assalamualaikum,

Baru-baru ini sahabat baik saya, Maryam bertanya di manakah saya promosi perniagaan saya. Oleh itu saya buatkan entri ini khas untuknya dan juga anda semua yang membaca. Tentulah semua yang saya review di sini hanya yang saya pernah cuba. Klik di gambar untuk ke lamannya.

1) Mudah.my adalah antara tempat yang baik untuk mempromosikan barangan anda, kerana sepanjang saya menggunakan laman ini, responds daripada pelanggan kepada barangan saya adalah baik. Mereka mengatakan menjumpai barangan saya di Mudah.my. Saya membuat kesimpulan ramai rakyat Malaysia mencari barang di Mudah.my.


 Bagi anda yang mempunyai banyak barang anda bolehla membuka akaun pro-niaga di Mudah.my. Percuma sahaja dan tentulah ada hadnya bagi pengguna percuma berbanding berbayar tetapi percuma pun ok. Anda boleh masukkan alamat blog atau laman web anda dan pelanggan akan pergi ke blog anda. Sekarang ini Mudah.my tidak menyediakan perkhidmatan bayaran, pelanggan perlu berhubung dengan peniaga untuk urusan lanjut.





2) Baru-baru ini juga, seseorang menelefon saya untuk berdaftar di laman web syarikatnya, dia menjumpai perniagaan saya di mudah.my juga. Laman web itu ialah http://www.emallnetwork.com/


Kita boleh mempromosikan barangan di sini dan mempunyai akaun di sini, seperti mudah.my. Bezanya kita boleh berkawan atau 'add friends' dengan orang lain yang mendaftar. Dan pelanggan juga boleh membeli di situ. Mungkin pada masa ini laman web ini belum dikenali di Malaysia.

Selain itu, ada juga blog yang mengumpulkan blog-blog niaga dan membuat perniagaan iklan. Terdapat juga page-page facebook yang dibuat khas untuk mempromosikan facebook-facebook page lain. Saya akan buat review di masa akan datang. Sementara itu, sesiapa yang mahu saya buat review tentang laman yang mempromosikan perniagaan ini, silalah comment di post ini.

Terima kasih.

1 comment:

Anonymous said...

Comment mon titre de billet de blog ne semblent pas le titre du blog pendant un moteur de recherche pour un mot clé donné?