Saturday, February 5, 2011

Maslina dan Tudung II

Sambungan...

Sampai di kawasan membeli-belah di Nilai, saya dan kakak ipar mula singgah di kedai-kedai tudung untuk survey-survey tudung. Kebetulan saya mencari tudung yang sesuai dengan kain yang saya baru beli darinya berwarna pink. Macam tak percaya dah beli banyak tudung di labuan pun masih tidak berjumpa yang berkenan, tapi memandangkan ada orang nak belanja beli sahajalah yang cantik di Labuan tapi macam tak kena dengan baju tu.

Namun kebanyakan tudung yang saya cuba awningnya besar sangat, dan akhirnya ada sebuah kedai oklah awningnya. Rupanya tudung jenis ni tengok macam sama tetapi kena cuba dulu di kepala (bukan kepala patung) untuk tahu padan tak dengan kepala kita.

Sejak itu saya berfikir untuk menjual tudung di internet, untuk memudahkan orang mencari tudung yang elok bagi yang tidak punya masa untuk bershopping. Mungkin orang yang berada di sesuatu kawasan perlu pergi jauh untuk mendapatkan tudung yang tidak dijual di tempat tinggalnya.

Sebab yang kedua, alang-alang suka membeli tudung, baik dapatkan dengan harga borong dan jual. Betul tak? Yang penting ada minat untuk berniaga sambilan, bukan simpan stok sahaja. Kalau tidak minat berniaga, lebih baik beli yang perlu sahaja.

No comments: