Friday, March 11, 2011

Dunia dan kehidupan kita ibarat roda

Ada sebuah kisah zaman dahulu yang agak terkenal. Iaitu kisah seorang pengemis dan orang kaya.

Pada suatu hari tinggallah seorang yang kaya raya yang mempunyai seorang isteri yang cantik. Maka datanglah seorang pengemis yang kusut-masai lagi kelaparan akibat tidak menemui makanan buat beberapa hari. Kerana terlalu lapar, dia menebalkan muka untuk mengetuk pintu si kaya raya tersebut.

Setelah beberapa kali mengetuk pintu tiada jawapan, si pengemis mengetuk dengan lebih kuat.

Tiba-tiba, terbukalah pintu itu, seorang wanita iaitu isteri si kaya-raya berada di hadapan pintu,

"Ada apa kamu datang ke sini?" tanya wanita itu,

"Berilah saya sekeping roti kerana saya amat lapar," kata si pengemis dengan muka penuh harapan,

Kedengaran dari dalam rumah,
"Siapa yang datang itu, wahai dinda?," tanya si kaya-raya kepada isterinya.

"Ada seorang yang miskin meminta sekeping roti, kanda," jawab si isteri.

"Tidak usahlah berikan padanya. Biarkan sahaja. Siapa suruh dia jadi pemalas, itulah sebabnya dia miskin,"

Si isteri berasa serba-salah dan merasa kasihan kepada pengemis itu, lalu dalam diam-diam memberikan sebuku roti tanpa pengetahuan suaminya si kaya-raya....

Masa pun berlalu, orang yang kaya itu telah ditimpa masalah dan mengalami kerugian. Oleh kerana tidak mahu membebankan isterinya, dia telah menceraikan isterinya. Keadaannya sangat teruk sehingga tiada pilihan selain melainkan meminta makanan dari rumah orang. Alangkah terkejutnya kerana perempuan yang membuka pintu adalah bekas isterinya. Isterinya menangis melihat keadaan bekas suaminya. Akhirnya didapati suami baru isterinya adalah pengemis yang pernah dihalunya dahulu dan kini sudah menjadi kaya.

Moral of the story: Hidup ibarat roda, Tuhan akan sentiasa menguji hambanya, namun sentiasalah bersyukur dan beringat agar tidak berlaku sombong dan bongkak. Bukanlah yang menjadi dosa itu keadaan kita yang kaya atau miskin, tetapi sikap dan amalan kita terhadap sesama makhluk dan terhadap Tuhan. Kadangkala dugaan kesenangan lebih sukar dihadapi daripada dugaan kesusahan. 

No comments: