Friday, March 11, 2011

Keretaku Kena 'Clamp'

Malam Ahad minggu lepas kereta kena clamp oleh pak guard apartment. Bengang juga rasa sebab petang tu pak guard lain kata tidak mengapa, setelah saya kata hendak ambil sticker keesokannya kerana pejabat  tutup. Tapi lain pula jadinya. Setelah berbalah selama kira-kira 20 minit, memandangkan hendak pergi kerja, saya bayar jugalah RM50 dengan rasa tidak puas hati dan membebel-bebel.

Sejak itu kebanyakan pak guard di sini dah kenal, dan kalau lalu 'main entrance' tu ada yang menegur,

"Ni yang kene clamp tu ye."

Sabar jela. Sejak hari itu dah kenal la dengan pak guard2 di sini. Sebelum tu keluar masuk setiap hari pun diorang tak cam, saya pun tak hirau sangat. Yelah ramai sangat tinggal di sini.

Hari yang lain kena tegur, "Selamat petang, owh, semua sticker dah ada ye lepas kena RM50 haritu,"

Kalau balik lewat sikit, ada yang tegur, "Baru balik ke?"

Tapi bila fikir-fikir balik mungkin ada hikmahnya juga mereka tolong tengok-tengokkan kereta tu setiap malam. Sebab mereka dah kenal itu kereta siapa.  Bolehlah tidur dengan tenang ;-)

No comments: