Sunday, March 13, 2011

Koleksi Maslina 1 : Dapur dan Periuk

Antara barang yang saya suka beli ialah dapur dan periuk. Sedar tak sedar banyak kuali dan periuk di dapur saya.



Yang paling saya suka adalah pan yang paling kecil tu, untuk masak telur mata kerbau. Ia tidak melekat daripada Tefal. Banyak tak? Ada lagi, 


Kuali grill pun ada, kami memang suka buat barbeque sampai berasap satu rumah. 


Ini antara yang paling awal saya beli di ikea, tapi senang berkarat apabila coating dia hilang. Murah sahaja dalam RM29 kalau tak silap. Not recommend to buy.
Tapi bukan semua saya beli, kebanyakan yang stainless steel tu dapat hadiah, daripada ibu dan percuma beli dapur ceramik ini:


Sangat suka dapur ini, kerana ada timer, dan masakan pun masak dengan elok kerana ia automatik mengawal suhu. Jumlah penggunaan elektrik pun tidak ketara kira-kira RM10 sebulan (jika dibadingkan dengan harga setong gas). Percaya atau tidak saya tidak pernah membeli dapur gas, walaupun dapur ini adalah yang kedua saya beli. Kenapa? kerana saya sering terlupa menutup api (masakan hangus) dan selalu menyebabkan kain lap terbakar. Aspek keselamatan la. Dapur ni ada timer, dan akan tutup automatik jika ditinggalkan selama 2 jam. Siapa berminat, ada orang nak jual dapur ini bersama dengan set of 7+1 stainless steel yang bermutu dan mahal tu dengan harga 3x lebih murah dari harga biasa yang saya beli tapi apa nak buat saya dah terbeli.

Dapur yang pertama saya beli adalah induction cooker
Tapi saya tukar kerana induction cooker mempunyai kadar electromagnetic wave yang tinggi dan merbahaya.

Dan tak lupa, hadiah periuk nasi daripada adik saya (terharu...). Thanks Fahrul

Setelah menyedari banyaknya periuk saya baru-baru ini, saya telah berhenti 'mengumpul' periuk, kini ingin membuat koleksi pinggan mangkuk sekadar keperluan keluarga saya yang besar sahaja.

5 comments:

Anonymous said...

Boleh saya tahu dapur ceramik tu brand apa? macam best je

Anonymous said...

nak tau brand induction cooker tu jugak boleh?

norazizah awang nor said...

Saya ad jual barangan tefal dgn harga mampu milik...boleh tengok di FB saya Estin Trada Kitchenware atau wassup saya 0196660129...

Unknown said...

Saya ingin menjual elektrik stove jenama arezzo tak penah guna utk memasak lg guna utk test je..klu bminat blh call sy 01111474231

Tem Jai said...

Saya ingin menjual elektrik stove jenama arezzo tak penah guna utk memasak lg guna utk test je..klu bminat blh call sy 01111474231