Monday, March 14, 2011

Koleksi Maslina 2 : Gadget

Gadget ni dah jadi satu keperluan zaman sekarang. Walaupun agak mahal tetapi ia memudahkan kehidupan harian, seperti untuk berkomunikasi, merekod maklumat, melayari internet, mencari jalan dan peta. Kadang-kadang berlebihan juga ye. But can't live without one.
Antara gadget yang saya miliki


Papago. Tinggal di KL tanpa benda ni? Tidak bagi saya yang selalu-tak-ingat-jalan dan mudah sesat ini. Paling bagus dengan hanya berpandukan alamat, kami boleh tiba di hadapan rumah yang dituju. Saya sudah menggunakan GPS ini selama 3 tahun atau lebih. Sebelum ini hanya menginstall garmin di handset. Garmin boleh digunakan di handphone jenis symbian, setelah menggunakan android, saya gunakan papago atas nasihat dan pengaruh seorang rakan. Tapi memandangkan kekangan bateri handset dan selalu bertukar handset, kini saya menggunakan set papago ini.


Laptop. Keperluan semua orang, dan pilihan saya Dell berwarna Merah. Yang best pasal Dell selain reka bentuknya adalah servis yang diberikan. Tempoh hari ada masalah dengan laptop ini, saya hubungi Dell, dan esoknya technician dari Dell datang ke tempat saya dengan berkotak-kotak barang ganti yang baru untuk trouble-shooting dan mengganti mother board, skrin yang baru. Good customer service.


LCD televisyen, kegemaran suami saya. Berukuran 50 inci. Seronok bermain Xbox dan menonton TV ala-ala wayang. 

Samsung Galaxy Tablet. Ianya handphone + iPad tapi bukan iPad kerana iPad tidak boleh call/message. Dibeli atas galakan suami kerana perniagaan online saya. Saya menggunakan gadget ini untuk reminder, memo, menyimpan segala maklumat selain message, MMS, camera, telephone yang selalu. Kini lebih mudah untuk melayari internet, membalas e-mail dan berchatting. Pendek kata semuanya ada.

No comments: