Friday, May 20, 2011

Dentist di Labuan

Petang tadi saya telah keluar untuk mencari dentist di Labuan. Setelah 2.5 tahun mengabaikan gigi bongsu yang salah tumbuh dan menyebabkan rasa sakit akhirnya saya membuat keputusan untuk mencabutnya. Mula-mula cari di Ujana Kewangan setelah berputar-putar mencari jalan maka tibalah. Pakcik di kaunter pertanyaan mengatakan tiada klinik dentist dan memberitahu terdapat dentist di pusat bandar Labuan berdekatan Pasaraya Milimewah. Setelah berpusing-pusing konon-konon tau jalan lalu jalan mati dsb, tibalah di klinik gigi bakti dengan rasa bangga.

Saya bernasib baik sebab doktor ada masa free selepas itu. Tak perlu buat appointment. Masa doktor nak bedah tu tiba-tiba rasa menyesal tapi dah terlambat. Untuk memastikan saya tidak merasa sakit dr telah menyuntik ubat kebas sebanyak 2 kali, memang kebas sampai malam.

Gigi bongsu tu memang cukup sifat dan teguh. Sedih pula. Tapi kat gusi nampak separuh je sebab tumbuh senget. Apapun kalau nak pergi dentist di Labuan datanglah ke sini. Tak tahu mana lagi ada dentist di Labuan.

1 comment:

Anonymous said...

hai, dekat klinik bakti tu boleh buat braces tak?