Tuesday, May 17, 2011

Labuan

Sepanjang minggu ni dan sehingga diberitahu saya berada di Labuan. Sebenarnya sejak beberapa bulan lepas saya dan suami telah merancang untuk menyambut ulangtahun perkahwinan di Langkawi iaitu minggu depan. Namun hari Khamis dengan notis yang singkat yang lalu saya diberitahu agar pergi ke Labuan untuk menyelesaikan tugas dan esoknya saya sudah terbang ke Labuan. Hari ini adalah hari ke-5 di pulau Labuan.

Oleh itu, kami menyambut ulangtahun di Labuan sahaja. Kebetulan hari jadi suami saya adalah hari Jumaat, hari tibanya saya di Labuan... Selamat hari jadi abang!

Antara aktiviti di Labuan yang sederhana sahaja:



Menemani suami bermain badminton


Bersiar-siar di Batu Manika

Suami saya sangat rajin dan konsisten pergi ke gym untuk membina badan. Komen saya: Oklah nampak jugak hasil lengan dia dah 'keras' sikit. Huhu

Bosan ke? Apa nak buat....

Sempena hari ibu ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Ibu dan Mak Mertua saya yang saya sayangi dan menyayangi saya :-)

No comments: