Tuesday, October 11, 2011

Offshore Life Part I : Introduction

Kehidupan di luar pantai part I

Assalamualaikum.

Sebagai pembuka bicara, mungkin ramai yang tidak tahu yang saya adalah antara golongan wanita yang minoriti bekerja di luar pantai (offshore). Sebenarnya tidaklah setiap hari di offshore tetapi saya terlibat dalam projek-projek yang pelaksanaannya di offshore. Dan memerlukan saya ke offshore setiap kali bermula 'execution stage' atau peringkat pelaksanaan.

Selalunya jika saya update status atau gambar-gambar semasa di offshore, ramai yang tertanya-tanya seperti mengapa pakaian begitu, apa yang saya buat dsb.

Mengikut kiraan saya, kurang dari 0.01% rakyat Malaysia pernah ke platform minyak di luar pantai. Siapa yang pernah pergi? Angkat tangan. 

Sebenarnya bukanlah nak berbangga sangat, cuma ingin berkongsi mengikut perspektif sendiri. Mana tau nanti adik-adik kita mahu bekerja di luar pantai, tertanya-tanya. At least boleh tau serba sedikit. Ketika pertama kali disuruh ke offshore, macam-macam saya tanya kawan. Seperti, nak bawa barang apa, ada tak seterika, kene masak ke, kene basuh baju sendiri ke dsb. Cuba juga search internet. Tak jumpa T_T

Sebagai teaser, gambar koleksi kegemaran saya seperti dibawah:

Menaiki 'personal basket'

Platform dan kapal-kapal yang menjadi pengangkutan utama di laut selain chopper (helicopter kecil).

Menaiki chopper ke offshore


Safety First! Wear your personal protective equipment.


2 comments:

Anonymous said...

Teringin nak kerja mcm ni.. Tapi fikir kelayakan tu xada.. Selalu block mind kata xkan dapat huuhu:(

Noor Maslina said...

Sesiapa pun boleh