Wednesday, October 12, 2011

Offshore Life Part II : Kenderaan ke offshore

Kehidupan Luar Pantai Part (ii) Kenderaan ke offshore
Offshore Life First Timer / For Dummies version

1. Kenderaan yang digunakan untuk ke luar pantai (offshore) terbahagi kepada 2 sahaja:
    i. Kapal laut

    ii. Chopper (helicopter kecil)


Buat masa ini belum ada yang menggunakan kenderaan lain selain dua ini secara formal. Tak tahulah jika ada yang naik kapal selam atau feri, motorbot dsb...Tetapi ramai juga nelayan dari Filipina terutamanya menaiki tongkang untuk datang memancing di platform yang seperti menjadi tukun tiruan di laut.... tengok je kecil, kadang-kadang tongkang ni lebih laju dari kapal.... bila dah bosan kat laut rasa nak naik tongkang balik rumah...


Hikmah:

Kehidupan di offshore tidak sama dengan di darat. Macam cerita waterworld la jugak kat bawah air je. Bila cuaca teruk kami semua berdoa agar kembali reda. Kerana hidup di laut sangat bergantung kepada cuaca. Jika cuaca teruk, kerja-kerja terpaksa dihentikan demi keselamatan. Kapal yang diikat atau 'anchor' terpaksa dilonggarkan / dilepaskan (release anchor) agar orang di dalam tidak tergoncang teruk. Dan beberapa kali juga saya 'stranded' tidak dapat balik ke darat kerana cuaca teruk.

Seperti ayat Quran:



“Dialah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan), sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya Dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bersukacita dengannya, tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadanya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): “Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur”.”
(Surah Yunus ayat 22)


Kredit to TINTA DA'IE : Tentang Kenderaan




No comments: