Sunday, March 11, 2012

Offshore Life Part III: Checklist Items to Offshore, Apa yang perlu dibawa

Offshore Life Part III: Checklist Items to Offshore, Apa yang perlu dibawa ke offshore

Assalamualaikum...

Sewaktu pertama kali saya diarahkan oleh boss untuk naik offshore, saya bertanya kepada kawan saya, ada seterika tak di sana? Bagi yang tidak pernah ke pelantar minyak sebenarnya tak dapat membayangkan juga.

Oleh itu di sini saya sertakan list wajib dan optional untuk dibawa.

1) Perkara yang telah disediakan di atas penginapan pelantar / kapal penginapan:
i - Laundry / perkhidmatan basuh baju setiap hari, hantar malam, sebelum 6 pagi dah siap kering dan lipat
ii - Makanan dihidangkan 6 kali sehari di galley, dibayar oleh company atau dengan kata lain percuma
iii - Sejadah (selalunya di platform Petronas memang ada, kalau di kapal terhad di surau)
iv - Sabun
v - Tuala dll
vi - Seterika - selalunya tiada disediakan tapi selalunya tak perlu pun, lipat/gantung jgn kenyuk sangat je

Checklist Items to Offshore, Apa yang perlu dibawa ke offshore

2) Perlu dibawa: PPE - personal protective equipment
i - Coverall

ii - Hard hat
iii - Safety shoes
iv - Safety glass / googles
v - Ear plug (boleh didapati di platform)
vi - Gloves (boleh didapati di platform)
vii - dll yang specific pada kerja


Apa yang perlu dibawa ke offshore


3) Barang-barang lain yang perlu dibawa
i - T-shirt dan seluar panjang (untuk pakaian tidur/malam)  (sepasang pun cukup kerana ada laundry setiap hari, kalau nak bawa spare, bawa dua pasang setiap satu pun cukup)
ii - Ubat gigi / berus gigi
iii - Pakaian solat / telekung

4) Lain-lain (optional) *Barang elektronik perlu di'declare' semasa check in pelepasan.
i - Laptop/notebook untuk kerja/hiburan
ii - Shampoo
iii - Quran / Tafsir
iv - Camera digital untuk mengambil gambar
v - Penunjuk arah kiblat (perlu di atas kapal kerana kapal selalu bergerak)
vii - Cable internet (kadang-kadang ada point internet tapi takde cable), kalau nasib baik adalah wifi
viii - I-Talk untuk telefon mereka yang tersayang... chewah

5) Barangan yang diharamkan
i - Telefon bimbit
ii - Dadah
iii - Alkohol
Jika didapati membawa boleh diban untuk naik selamanya

Note: tiada kedai di atas kapal, kalau ada barang-barang yang dirasakan perlu, bawalah ye

Sekian dari saya, kalau ada kurang tambahla...
*Semasa menulis ini saya berada di platform Resak, Terengganu


Apa yang perlu dibawa ke offshore

3 comments:

Admin Kerja Offshore said...

Salam,

nak minta kebenaran dari pemilik blog untuk download/copy gambar di atas. Terima kasih

ilmiah batin said...

Nak iklan blog saya...
http://ilmu-perkahwinan.blogspot.com/?m=0

Anonymous said...

Tq kak.mcm best kn naik offshore.dpt experience.nk tnya.ramai tak perempuaan aka wanita yang ad kt pltform tu?and lg tu.untuk bilik untukyg pmpuan mcmna? Satu2 or share yer.skdr btnya.sharing is caring.thanks :)